A Chance

~ Appreciate A Chance Before It's To Late...You Will Never Get The Same Chance Twice ~

Sunday, November 7, 2010

Mata



 Mata. Kenapa perlu jaga pandangan mata?

1 - Ia akan menguatkan hati
2 - Nafsu syahwat boleh dijaga
3 - Menghalang dari pintu syaitan
4 - Kuatkan akal dan menambahkan kecerdasan
5 - Elak daripada maksiat
6 - Melahirkan hati yang mantap

Firman ALlah swt:

" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."( An-Nur : 30-31 )

Cara menjaga mata:

1 - Kosongkan hati daripada sesiapa
2 - Jangan berangan-angankan manusia yang berlainan jantina
3 - Jalan dengan sedikit menunduk. Untuk jaga hati dan pandangan
4 - Cuba bila bersembang dengan berlainan jantina, memandang wajahnya dengan tidak merenung.Tidak kerap memandang wajahnya. 

Selain daripada itu, hikmah menjaga pandangan mata ini ialah kita boleh mengelak perbuatan mengutuk. Perbuatan mengutuk boleh membuatkan hati seseorang rosak.

Sebab itu Allah suruh perempuan dan lelaki menutup aurat. Untuk menjaga pandangan mata dari kesesatan dan merosakkan hati. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah An- Nuur : 31

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya”.


Berkata Imam Al-Qurthuby rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini : “Allah Subhanahu wa Ta’ala memulai dengan perintah menundukkan pandangan sebelum perintah menjaga kemaluan kerana pandangan adalah pancaran hati. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan wanita-wanita mu’minah untuk menundukkan pandangannya dari hal-hal yang tidak halal. Oleh kerana itu tidak halal bagi wanita-wanita mu’minah untuk memandang lelaki selain mahramnya”. (Tafsir Al-Jami’ li Ahkam Al-Qur’an 2/227).

Lagi...

Firman Allah swt dalam surah Ghofir Ayat 19:

DIa mengetahuinya (pandangan)mata dan apa yang disembunyikan dalam hati. 

Menjaga pandangan ini seperti selimut kepada hati. 

Abu Bakar As Siddiq pernah RA pernah berkata;
Lebih baik aku berjalan di belakang singa, dari berjalan di belakang seorang wanita.

Baguskan Sahabat Rasulullah ni. Best je bila tahu. Macam tu sekali nak jaga matanya.

Tetapi antum semua kena ingat, mata ini bukan sahaja memberi kesan negatif. Ada baiknya juga..memberi pandangan positif.

Contohnya, ada seorang sahabat kita la katakan, dia teringin untuk menjadi muslim yang mantap. DIa jarang solat. DIa merangkak dalam pengajiannya..dan kadang-kala sahaja dia pergi ke masjid. Jadi bila dia pandang pada sahabat atau sahabiah dia, dia tersangat kagum dan berdoa agar menjadi seperti sahabatnya dan dia berubah perlahan-lahan dari situ. 

DIsini , dapat pula kita kata, manusia biasa juga boleh jadi role model kepada sahabat dalam pembentukan diri itu sendiri. 



HAPPY READING~~ :) 

Aku Skandal..




Hujan - Aku Skandal Lirik :-
Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu
kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam
ditemani bintang terang

Hancur hati bila kau
undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan daku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi




So, apa pendapat korang tentang skandal-skandal nih?? Adakah ianya perkara biasa?? Kenapa nak berskandal? Apa faedah kalau ada skandal?? Skandal tu suami/isteri orang ke, tunang orang ke atau BF/GF orang?? Best ke ada skandal nih?? hehehe....Skandal ni ada "class" ke?? Contohnya, skandal saje suka-suki, skandal sampai tahap 'melampau'...


Saya dengar banyak pengalaman orang-orang sekeliling saya...Best juga dengar cerita 'HOT' dorang nih..hehehe~~ Ada yang cakap, "Saje je nak isikan masa kekosongan, sebab saya tak boleh kesunyian" (suami orang) Ni sebab isteri dia duduk jauh... Saya gelak je la...Tapi saya tanya gak, "mu tak rasa bersalah ke dengan wife kau?" Soalan wajib tuh!! ehehe...dia pun jawab, "Aku skandal bukan kerana nafsu, tapi nak megisi kekosongan je" OK! 


Saya pun berfikir....
Kalau isteri dia buat perkara yang sama atas alasan yang sama, dia boleh terima ke??
Di manakah nilai KEJUJURAN dalam perhubungan??


Saya ada seorang kawan perempuan yang ada skandal dengan suami orang...Saya rasa geram, sedih, marah pun ada...Tapi saya diam je, dah hidup dia takkan la saya nak menyibuk kan..istilah "JAGA TEPI KAIN SENDIRI" tu harus selalu diingat..hehehe~~


Cuma saya tidak berapa suka cara dia jah...dia dah la perempuan, lelaki tu pun dah serius gila-gila lah dengan dia, dengan penuh harapan nak berkahwin dengan dia!! Fuhh~~ Perempuan tuh pun jenis yang bebas, masih muda (tak puas enjoy dengan duniawi lagi), komitmen nak kahwin tu belum ada, banyak skandal...macam nak serius?? 


Saya nasihat lah kepada semua kaum Hawa...Hargailah teman (BF) yang kita sedia ada...Jangan lah cuba merosakkan hubungan/rumahtangga orang lain...Jangan merampas kebahgiaan orang lain...Biar lah kita bina kebahgiaan sendiri tanpa melibatkan orang ketiga dan seterusnya...YA! memang jodoh ditangan yang Maha Esa..Tetapi, jikalau kita tidak mampu menghadapi rintangan dan sekadar suka-suki baik jangan teruskan...Jangan jah diri tu digelar, Perempuan Cap Ayam, Perampas, Perosak, Perempuan Sundal, Perempuan Murah...Jangan jatuh kan maruah diri dan merosakkan nama sendiri...


Bagi kaum Adam pun serupa gak..Jangan lah mengambil kesempatan dalam kesempitan (kadang-kadang tak sempit pun)...Tanggungjawab yang wajib kepada isteri dan anak-anak itu yang lebih penting...Bagi yang bujang, malas la nak cakap..hahahah~~ Sebagai Ketua Keluarga harus lah membimbing keluarga ke arah yang baik agar kebahgiaan kekal dikecapi...Kalau kesunyian, isi lah masa kosong tu dengan berdoa ke, bersukan ke, call isteri, bawa keluarga beriadah ke, macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan untuk keluarga...bukannya Berskandal...hehehe~~


GOOD LUCK~~!! (Bukan tuk teruskan Berskandal!!)














Saturday, November 6, 2010

saya jatuh cinta disebabkan Syaitan..



Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan  ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan. Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bukan muslim.
Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?


Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.

Alice: (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?

Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?

Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.

Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)


Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik. Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.



Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)

Alice: (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?

Lelaki B: Saya…saya…

Alice: Kenapa? cakaplah..

Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?

Lelaki B: Perlukah bersebab?

Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..

Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.


Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?

Alice: Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.

Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C: (hanya mampu tunduk)

Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.

Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.

Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?

Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.
Dua tahun kemudian…
Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?


Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah…


Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu’alaikum.

Alissa: Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??

Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..

Alissa: Hum.. akhirnya…
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?

Alissa: Ya.

Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.

Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice…(terharu..)

Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..

Akif: Sebab?

Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…

Akif hanya tersenyum.. :)
——–THE END——–

Cerita nie saya copy..kira nak share la ke dlm blog saya ni... :)

Friday, November 5, 2010

Siapa Kita?


SIAPAKAH KITA?


Salam sejahtera semuanya,
So, bagaimana kah hari anda pada hari ini?
Adakah anda berpuas hati?
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman...
Pasti ada diantara kita yang suka dan bersyukur dengan kehidupan yang sedia ada...
Tetapi, ada juga yang tidak suka, benci dengan kehidupan yang dilalui...
Sedangkan saya sendiri pernah merasa putus asa dengan hidup saya
....
Tapi, mujur saya cepat sedar...
Saya bersyukur
Sekarang, saya tahu dan sentiasa mengingatkan diri bahawa kehidupan kita ini bagaikan roda yang berputar...
Kadangkala kita di bawah..dan kadangkala kita di atas
Jangan lah kita anggap musibah yang terjadi pada kita adalah penamat kepada jalan hidup kita...
Pasti ada jalan keluar....
Kita kena banyak bersabar dan sentiasa berusaha...

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;
01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
07.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.



:)