A Chance

~ Appreciate A Chance Before It's To Late...You Will Never Get The Same Chance Twice ~

Thursday, January 27, 2011

Statement Session

True Story Today:
Officer2: Kamu asal mana?

OKT: KK, Sabah.

Officer2: Ooo..Kamu tahu cakap sabah ke?!
(mentang2 ada officer org sabah..mau kasi kena la tu!)

OKT: apa? 

Officer2: Cuba kamu cakap sabah!!

OKT: S A B A H~!!!
Keadaan menjadi senyap seketika......menunggu jawapan

Officer3: alamak, betul la apa OKT tu jawab! SABAH!!! hahahaha....

Officer1: alalalala...ko dah terkena dgn OKT?? Lawaknyaaa!!! wahahahahahha~!!

Officer2: (dengan muka pura2 bz buat statement) ala, aku dah tahu dia nak jawab mcm tu..

Suasana terus menjadi riuh dgn ketawa dari officer-officer yang lain...yang officer2 tu cuma bz buat keja...hahaha
Tu la lain kali, jan la nak kena kan org..silap2 kena sendiri...ehehhehehe~~!! ;)

Wednesday, January 12, 2011

EMPAT PERKARA

Ada EMPAT HAL yang akan membuat badan SAKIT:

  1. Terlalu Banyak Berbicara
  2. Terlalu Banyak Tidur
  3. Terlalu Banyak Makan
  4. Terlalu Banyak Melakukan Hubungan Badan
Terlalu banyak berbicara membuat kemampuan otak menurun, membuatnya lemah, dan mempercepatkan tumbuhnya UBAN! 
Terlalu banyak tidur akan membuat wajah menjadi pucat, hati menjadi buta, mengeringkan mata, malas bekerja, cenderung berperilaku kasar, serta penyakit-penyakit yang sukar dicari ubatnya.
Terlalu banyak melakukan hubungan seks akan membuat badan menjadi lemah, membuat kekuatan menurun, menurunkan kesegaran tubuh, membuat otot mengendur, danmenimbulkan banyak kesan yang membahayakan ke seluruh tubuh.

EMPAT PERKARA yang merosakan TUBUH:
  1. Cemas
  2. Sedih Berpanjangan
  3. Lapar
  4. Kurang Tidur Malam
EMPAT PERKARA yang memberikan kesenangan di dalam HATI:
  1. Melihat yang hijau-hijau
  2. Melihat Air Mengalir
  3. Melihat Kekasih
  4. Melihat Buah-buahan
EMPAT PERKARA yang dapat membuat pandangan mata menjadi GELAP:
  1. Berjalan Tanpa Kasut
  2. Berpagi Hari dan Berpetang Hari Dengan wajah Yang Muram Penuh Dengan Kebencian dan Permusuhan
  3. Terlalu Sering Menangis
  4. Banyak Menatap Garis Yang Kecil-kecil
EMPAT PERKARA yang membuat badan menjadi KUAT:
  1. Memakai Pakaian Yang Lembut
  2. Mandi Dengan Air Panas
  3. Makan Makanan Yang Manis dan Berlemak
  4. Mencium Wewangian
EMPAT HAL yang menghilangkan kesegaran dan kecerian WAJAH:
  1. Berbohong
  2. Tidak Tahu Malu
  3. Terlalu Banyak Tanya Yang Tanpa Dasar
  4. Banyak Melakukan Maksiat
EMPAT PERKARA yang membuat wajah semakin SEGAR:
  1. Menjaga Harga Diri
  2. Menepati Janji
  3. Dermawan
  4. Taqwa
EMPAT PERKARA yang mendatangkan KEMARAHAN dan KEBENCIAN:
  1. Takabbur
  2. Dengki
  3. Bohong
  4. Suka Mengadu
EMPAT PERKARA yang boleh mendatangkan REZEKI:
  1. Bangun Malam Untuk Solat
  2. Banyak Beristigfhar menjelang fajar
  3. Membiasakan Memberi
  4. Membiasakan Diri Berzikir di Petang Hari
EMPAT PERKARA yang akan MENCEGAH datangnya rezeki:
  1. Tidur di Pagi Hari
  2. Jarang Solat
  3. Malas
  4. Berkhianat

Renung-renungkan dan Selamat Membaca :)

TERIMA KASIH!

Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan ke atas diri kita dan orang lain Jika kita pandai menghargai seseorang dengan ucapan terima kasih maka orang lain juga akan lebih selesa dengan kita. Dan perhubungan kita dengan seseorang akan menjadi lebih rapat lagi. Sifat suka berterima kasih juga adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh orang lain. Kenapa perlu berterima kasih dalam hidup ini?
Ucapan terima kasih adalah sebagai menghargai jasa dan budi baik seseorang ke atas diri anda. Jika kita tidak pandai untuk berterima kasih kepada orang lain maka orang lain akan menganggap kita seorang yang tidak tahu menghargai budi baik yang telah diberikan. Mungkin seseorang itu akan terasa hati dengan diri kita. Jadi, ucaplah terima kasih atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada diri kita ini. Mudah-mudahan kita akan memperoleh banyak kebaikan dari lagi pada masa akan datang.
Sebagai seorang muslim ucapan terima kasih adalah satu perbuatan yang sungguh mulia. Tidak susah pun nak ucapkan terima kasih ni kepada orang lain. Mungkin anda tidak mampu untuk membalas balik atas kebaikan yang orang lakukan terhadap anda. Dengan ucapan terima kasih adalah sudah mencukupi sebagai tanda kita menghargainya. Perbuatan  berterima kasih ini adalah sungguh mulia sekali.
Ia dapat memelihara hubungan baik anda dengan sahabat anda. Jika anda mempunyai seorang sahabat yang banyak menolong anda dalam banyak perkara dalam hidup anda, maka anda perlulah selalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Ini dapat mengekalkan hubungan baik persahabatan anda dengan sahabat anda sampai bila-bila pun. Ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kita dan juga sahabat.
Kepada ibu bapa kita jangan dilupakanMerekalah yang telah mendidik dan telah membesarkan kita sejak dari kecil. Dengan ucapan terima kasih dan membalas jasa mereka di dunia ini sebenarnya masih tidak mencukupi untuk membalas segala jasa mereka terhadap kita selama ini. Janganlah jadi seorang anak yang tidak tahu berterima kasih. Sayangilah mereka selalu sebagai tanda kita anak yang soleh yang selalu menghargai jasa mereka.
Terima kasih cikgu. Itulah ucapan sebagai menghargai jasa seorang guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita selama ini. Ilmu yang telah diajarkan oleh guru kepada anda pula hendaklah diamalkan bagi mengelakkan ilmu yang anda dapat menjadi ilmu yang sia-sia sahaja. Ia juga menunjukkan sebagai tanda terima kasih anda kepada guru anda yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anda selama ini. Tidak kiralah apa jua jenis ilmu  yang diajar oleh guru tersebut asalkan ilmu tersebut membawa kebaikan dunia dan akhirat
Seorang muslim perlulah sentiasa mengingati segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Jasa baginda kepada umat islam sangatlah besar sehingga kita dapat mengecapi akan nikmat islam yang kita sedang anuti pada hari ini. Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas baginda sebagai tanda terima kasih dan sayang kita kepada baginda.
Sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah jangan kita lupakan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Selalulah mengucapkan syukur kepadaNya dengan ucapan Alhamdulillah sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang telah diberikan. Jadilah seorang hamba yang taat akan segala perintah dan larangannya didunia ini. Itulah sebagai tanda kita berterima kasih dan bersyukur kepadaNya kerna dikurniakan pelbagai nikmat di dunia ni.
Akhir sekali, lakukanlah ucapan terima kasih itu dengan hati yang ikhlas jangan pula anda rasa terpaksa untuk lakukannya. Jika anda mengucapkan ucapan terima kasih itu dari hati yang ikhlas, ia juga akan memberi kebahagiaan kepada diri anda juga. Tanpa rasa ikhlas ini, ucapan terima kasih anda tidak membawa sebarang makna kepada diri anda dan juga orang lain. Orang lain pun akan nampak pada diri anda jika anda terpaksa untuk mengucapkan ucapan terima kasih.

THANK YOU FOR READING~ :)

Tuesday, January 4, 2011

2011


So apa azam untuk tahun 2011?


bertambah KAYA?


Mengurangkan BERAT BADAN?


BERKAHWIN?


berhenti MEROKOK?


Macam-macam azam kan? Apa pun azam kita pada tahun 2011 ni, asalkan kita bahagia itu sudah memadai.